BATU GAJAH 2 Sept. – Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Lumut terbabas sebelum melanggar batu pembahagi tengah jalan menyebabkan dua maut di Kilometer 12.5, Jalan Ipoh-Lumut di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, pemandu bas, Mohamad Azizul Che Aziz, 31, dan penumpang wanita, Munzirah Jalaludin, 20, maut manakala 35 lagi penumpang cedera termasuk tiga daripadanya parah. Seorang penumpang bas ekspres…










