KUALA LUMPUR 24 Sept. – Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menetapkan 24 Oktober ini untuk suami penyanyi Deja Moss, Azfendy Azzuddin Ahmad melafazkan cerai. Lafaz tersebut tidak dapat dilakukan hari ini ekoran pelantun lagu Asmara Ini berada dalam keadaan tidak suci. Lafaz yang akan dilakukan secara terbuka di mahkamah dibenarkan selepas laporan jawatankuasa pendamai mendapati perkahwinan tersebut tidak dapat diselamatkan. Azfendy pada 5 Mac lalu telah memfailkan permohonan…









