PUTRAJAYA 28 Sept. – Mana-mana ahli Parlimen dan Dewan Negara yang masih tidak fasih menggunakan bahasa Melayu ditawarkan mengikuti kursus asas bahasa Kebangsaan itu bermula Januari tahun hadapan. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, kursus tersebut yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan membaiki mutu bahasa Melayu setiap ahli Parlimen tanpa mengira bangsa. “Mereka yang ingin memperbaiki mutu bahasa Melayu diminta menghubungi DBP. “Pada masa sama, kursus ini…










