KUALA LUMPUR – Penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang, Dayangku Intan bakal menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang kiri untuk didermakan kepada suaminya, Rosman Yahil pada pagi esok. Pembedahan yang dilakukan di Pusat Perubatan Prince Court di sini itu dijadualkan mengambil masa sekitar empat hingga lima jam. Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid mengakui berasa gementar untuk menjalani pembedahan tersebut namun demi kesejahteraan suami,…










