Datuk, Datin kena dakwa - Utusan Malaysia

Datuk, Datin kena dakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG – Sepasang suami isteri bergelar Datuk dan Datin mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen sini semalam atas pertuduhan menerima wang berjumlah RM593,512 daripada dua pesara tentera berhubung pelaburan beras tanpa lesen dua tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Datuk Ridzwan Azizuddin, 60, dan isterinya, Datin Habibah Hassan, 54, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Suzana Hussin dan Azrul Darus.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa atas dua pertuduhan telah menerima dua keping cek berjumlah RM452,200 daripada Lahadzir Salleh, 78, tanpa satu lesen sah yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758).

Mereka yang juga merupakan pemilik sebuah syarikat pemborong beras itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen Beras belakang Giant Hulu Kelang, di sini antara 4 dan 9 Januari 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Habibah turut didakwa atas kesalahan sama menerima wang berjumlah RM141,312 daripada Ahmad Zehnunbin Abdul Majid, 71, di Stesen Beras Empayar Baiduri, Taman Permata di sini pada 30 November 2016.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini