KUALA LUMPUR 14 Sept. – Sepasang suami isteri bergelar Datuk dan Datin dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan menerima wang berjumlah RM593,512.50 daripada dua pesara tentera tanpa lesen berhubung pelaburan beras, dua tahun lalu. Kedua-dua tertuduh, Datuk Ridzwan Azizuddin, 60, dan isterinya, Datin Habibah Hassan, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Hakim Suzana Hussin dan Hakim Azrul Darus.…










