KUALA LUMPUR 4 Sept. – Kementerian Wilayah menyerahkan tiga nama kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Datuk Bandar Kuala Lumpur berikutan notis peletakan jawatan Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz. Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, pemilihan calon-calon itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat bagi menggantikan Mhd. Amin Nordin yang akan berkhidmat sehingga akhir bulan ini. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama-nama calon berkenaan. “Kami akan mendapatkan pengganti…










