TEHERAN 28 Sept. – Datuk Bandar Shiraz di Iran terpaksa memohon maaf akibat kesilapan papan iklan yang memaparkan gambar tentera Israel sedangkan tujuan sebenar adalah untuk mengimbas kembali perang Iran-Iraq. Agensi berita Tasnim melaporkan, papan iklan itu memaparkan tiga anggota tentera Israel yang sedang berdiri di atas sebuah batu manakala di sebelah gambar itu terdapat sajak epik Persia. Walau bagaimanapun iklan itu kemudian diturunkan dan keesokan harinya, Datuk Bandar, Heydar…










