RASAH 4 Sept. – Seorang ahli perniagaan wanita dikenali sebagai ‘Datuk Anggun’ dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini selepas mengaku bersalah memperdaya seorang lelaki dalam urusan projek pembinaan rumah banglo, dua tahun lalu. Majistret Mahyun Yusof membuat keputusan tersebut selepas Siti Norbahiyah Yahya, 43, yang juga seorang ibu tunggal mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapinya. Mengikut pertuduhan, wanita terbabit didakwa memperdaya Mohd. Nazmi…










