Danyal Balagopal nafi terima RM25 juta - Utusan Malaysia

Danyal Balagopal nafi terima RM25 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Bekas Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah menafikan dakwaan bahawa beliau menerima RM25 juta bagi mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson.

Danyal Balagopal akan mendapatkan khidmat nasihat undang-undang mengenai dakwaan itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang membuat tuduhan itu.

“Selain daripada tuduhan bahawa saya telah mengambil RM25 juta untuk peletakan jawatan, kini terdapat suatu artikel dalam sebuah portal berita berkenaan seorang ‘ex-bartender’ membayangkan saya seorang laksamana bersara yang korup dan perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dikenali sebagai orang yang mudah memaafkan seseorang, bagaimanapun saya tidak boleh membenarkan seseorang mengambil kesempatan atas personaliti saya dan dengan sengaja memfitnah saya,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Sebelum ini, terdapat laporan berita yang mendakwa kononnya Danyal Balagopal menerima RM25 juta bagi mengosongkan kerusi Parlimen itu untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini