IPOH – Kerajaan Perak semalam menyangkal dakwaan bahawa beberapa penginapan atlet Sukma 2018 kotor dan teruk sehingga menyebabkan ketidakselesaan kepada atlet. Sambil menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How (gambar) berkata, berdasarkan maklum balas daripada atlet serta pegawai kontinjen Sukma, mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan tempat penginapan yang disediakan. “Malah, apabila kami mengadakan mesyuarat dengan kesemua 14 ketua kontinjen negeri semalam…









