KANGAR 19 Sept. – Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau dan tujuh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di negeri ini akan keluar parti dan menyertai Pakatan Harapan. Katanya, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan beliau sentiasa berjuang bersama UMNO dan sama sekali tidak akan mengikut jejak langkah Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman yang meninggalkan parti. “Saya tidak pernah berbincang dengan wakil-wakil…










