KUALA LUMPUR – Jumlah dagangan Malaysia dalam tempoh tujuh bulan tahun ini meningkat 6.1 peratus kepada RM1.07 trilion, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Dalam kenyataan hari ini, MITI berkata, eksport meningkat 7.3 peratus kepada RM568.72 bilion manakala import meningkat pada tahap yang lebih perlahan, sebanyak 4.8 peratus kepada RM499.91 bilion. Lebihan dagangan dalam tempoh itu melonjak 29.7 peratus kepada RM68.81 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Pada…










