Dadah RM72.5 juta di kilang IKS - Utusan Malaysia

Dadah RM72.5 juta di kilang IKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket memproses pil Eramin 5 yang menjadikan sebuah kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di Bukit Tengah, Bukit Mertajam sebagai lokasi menghasilkan dadah dalam serbuan awal pagi kelmarin.

Dalam operasi selama tujuh jam bermula pukul 3 pagi itu, polis telah merampas pelbagai jenis dadah sintetik bernilai kira-kira RM72.5 juta sekali gus menjadi rampasan terbesar bahan terlarang itu sejak tahun 1996.

Susulan serbuan itu, tiga individu berusia 30 hingga 46 tahun termasuk seorang wanita telah ditahan di Pangkalan Hulu, Perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, antara yang dirampas di kilang IKS tersebut ialah 2.13 juta biji pil disyaki Eramin 5, 742.6 kilogram (kg) serbuk dadah disyaki Eramin 5 yang boleh menghasilkan 2.47 juta biji pil, 27.3kg dadah disyaki syabu, 5,080 biji pil disyaki ekstasi dan 53.7kg cecair bahan kimia.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas beberapa peralatan dan mesin memproses pil Eramin 5, namun tiada tangkapan dibuat di kilang tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini