Dadah bernilai RM555,273 dalam pusat hiburan - Utusan Malaysia

Dadah bernilai RM555,273 dalam pusat hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM555,273 selepas menyerbu sebuah pusat hiburan di Sungai Besi di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, serbuan dilakukan pukul 11.30 malam hasil maklumat orang awam di pusat hiburan itu dan menahan tiga suspek berumur antara 22 hingga 28 tahun.

“Antara dadah yang dirampas ialah pil ekstasi berupa serbuk dan cecair; erimin 5, ketamin dan rokok berisi ganja.

“Seorang dari tiga suspek yang ditahan didapati positif dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mazlan memberitahu, dua buah kereta iaitu Volkswagen Polo dan Perodua Bezza bersama wang tunai yang keseluruhan berjumlah RM105,720 turut dirampas.

Tambah beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN