TERIMA kasih Utusan Malaysia kerana membenarkan saya menulis semula. Lawak juga bunyinya kerana saya adalah editor kanan di akhbar ini. Mengapa kolum popular ini terpaksa dihentikan sebelum ini? Itu cerita lama, kita lupakan sahajalah. Kini kita sudah berada di bawah kerajaan baharu. Kerajaan Malaysia Baharu yang dikatakan — mengamalkan kebebasan akhbar, bersuara dan bebas meluahkan perasaan. Sebagai wartawan-bukan-ahli politik selama hampir 29 tahun, sudah tentu saya suka dengan suasana ini.…










