KUANTAN 2 Sept. -Dua tenaga pengajar sebuah pusat jagaan di Jalan Tok Sira di sini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penularan video membabitkan penderaan seorang kanak-kanak di laman sosial Facebook semalam. Melalui video tersebut, kanak-kanak berusia lapan tahun itu dilihat dirotan, dicucuh api pada kemaluan dan diugut digunting kemaluannya kerana sering kencing merata-rata. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, sebaik sahaja menerima laporan daripada bapa…