ALOR SETAR 11 Sept. – Seorang buruh binaan warga Myanmar cedera terkena pisau pada bahagian belakang badan semasa bergelut dengan tiga lelaki dalam satu kejadian samun di sebuah tapak pembinaan di Bandar Sri Astana, Sungai Petani awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Kyaw Saw Win ditinggalkan bersendirian bersama penyamun tersebut hingga menyebabkan pergelutan tersebut manakala rakan sekerja mangsa sempat melarikan diri melalui pintu belakang. Pemangku…










