Bursa Malaysia ditutup tinggi pada tengah hari - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup tinggi pada tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup tinggi pada tengah hari ini, dengan indeks komposit utama meningkat 0.23 peratus dan sejajar dengan sentimen positif dalam kalangan bursa serantau lain, kata para penganalisis. 

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.03 mata kepada 1,805.74 daripada paras penutup 1,800.71 pada Rabu.

Selepas dibuka 3.30 mata lebih tinggi kepada 1,804.01, indeks itu bergerak antara paras 1,803.06 dan 1,810.21 sepanjang sesi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 334 berbanding 330, dengan 372 kaunter tidak berubah, 847 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Sementara itu, seorang peniaga berkata, kebanyakan saham Asian berada dalam aliran meningkat dalam dagangan awal Khamis, meneruskan kenaikan baru-baru ini apabila para pelabur tidak begitu mengambil kira tentang kebimbangan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China buat masa ini. 

Di pasaran serantau, Indeks Straits Times Singapura naik 0.09 peratus kepada 3,179.53, Nikkei Jepun meningkat 0.23 peratus kepada 23,727.33 mata, Hang Seng Hong Kong turun 0.02 peratus kepada 27,400.60 mata dan Kospi Korea Selatan menokok 1.03 peratus kepada 2,332.19 mata.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat empat sen kepada RM9.79, Petronas Chemicals naik lapan sen kepada RM9.49, CIMB menokok satu sen kepada RM6.13, tetapi Public Bank jatuh enam sen kepada RM25 dan TNB susut dua sen kepada RM15.76.

Kaunter aktif diterajui oleh Sapura Energy, naik 1.5 sen kepada 44.5 sen, D(amp)O Green dan Hibiscus Petroleum meningkat dua sen setiap satu masing-masing kepada 76 sen dan RM1.03, manakala Vortex Consolidated menokok setengah sen kepada 8.5 sen.

Indeks FBM Emas naik 29.29 mata kepada 12,571.92, Indeks FBMT 100 meningkat 29.84 mata kepada 12,390.33 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 30.99 mata kepada 12,712.58.
FBM 70 meningkat 18.06 mata kepada 14,809.92 tetapi Indeks FBM Ace susut 22.41 mata kepada 5,160.71.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan melonjak 62.78 mata kepada 17,894.81, Indeks Perusahaan naik 7.16 mata kepada 3,219.46 dan Indeks Perladangan meningkat 13.82 mata kepada 7,567.90. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini