PETALING JAYA 24 Sept. – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan adik ipar perempuan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Nazrin Hassan dan suaminya direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes kematian lelaki itu akibat kebakaran di rumahnya, Jun lalu. Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Hairol Azhar Mohd. Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Khamis ini terhadap kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 39 dan 41…










