Bubar Bersatu Negeri Sembilan demi survival parti - Utusan Malaysia

Bubar Bersatu Negeri Sembilan demi survival parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 29 Sept. – Pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan mungkin dilihat oleh sesetengah pihak sebagai langkah undur ke belakang.

Mana tidaknya, pembubaran tersebut dilihat boleh memberikan impak negatif buat parti itu termasuklah Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson tidak lama lagi.

Namun, Ketua Penerangan Bersatu Senator Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berpandangan sebaliknya dan menyifatkan langkah itu yang terbaik untuk memastikan kelangsungan parti tersebut di Negeri Sembilan terus kekal utuh selepas dilanda pelbagai kemelut sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pembubaran itu sama sekali tidak melemahkan pergerakan parti di negeri berkenaan.

“Untuk terus bergerak ke depan, Bersatu perlu segera selesaikan segala kemelut yang sedang berlaku ketika ini di Negeri Sembilan.

“Bagi saya pembubaran ini bukanlah satu isu yang perlu diperbesarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Bersatu Kali Kedua Peringkat Bahagian Pasir Mas di Tendong hari ini.

Ketua Bersatu Bahagian Ketereh itu memberitahu, pembubaran itu terpaksa dilakukan selepas pelbagai kaedah telah diambil oleh parti untuk menyelesaikan kemelut tersebut namun menemui jalan buntu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini