KUALA KUBU BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah menyerahkan laporan penuh berkaitan siasatan kes Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn.Bhd. (Cradle Fund), Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran di rumahnya Jun lalu kepada polis.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Amer Yusof berkata, maklumat itu akan digunakan oleh pihak berkaitan sebagai bahan bukti kes berkenaan dalam prosiding di mahkamah.
Sehubungan itu katanya, pihaknya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana kes itu sedang dibicarakan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kita sudah beri maklumat dan hasil siasatan terkini kepada polis untuk urusan selanjutnya.
“Pada masa sama tidak ada perjumpaan susulan dengan pihak polis dan keluarga mangsa (berhubung siasatan),” katanya.











