KUALA LUMPUR 8 Sept. – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengingatkan orang ramai khususnya mahasiswa supaya tidak melakukan sebarang tunjuk perasaan, bantahan atau demonstrasi di dalam bangunan. Maszlee berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak melarang mahsiswa berkumpul dan menganjurkan demonstrasi tetapi setiap yang dilakukan itu perlulah mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan. “Ini kerana saya percaya dengan membenarkan mahasiswa ini berkumpul dan membuat demonstrasi aman adalah bukti pertama kita merai kebebasan…










