Boikot bukan takut kalah - Utusan Malaysia

Boikot bukan takut kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Keputusan Barisan Nasional (BN) memboikot dan tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bukan kerana takut kalah atau memberi laluan mudah kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

DR. SHAMSUL ANUAR NASARAH

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, keputusan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO, berhubung perkara itu adalah sangat wajar dan tepat sekali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan ini pada saya bukan bermaksud BN takut atau memberi laluan mudah kepada Anwar. Situasi ini tidak berbangkit sama sekali malah kita menghormati amalan demokrasi di negara ini.

“Namun dengan sengaja me­ngadakan pilihan raya atas sebab menjayakan cita-cita peribadi seseorang adalah tidak wajar sama sekali. Malah sudah pasti pilihan raya kecil ini akan melibatkan penggunaan wang rakyat yang banyak. Pasti ia merupakan suatu pembaziran kerana lebih baik ia digunakan untuk tujuan lain terutama menjaga kebajikan rakyat yang tertekan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid berhubung keputusan itu ekoran pengosongan kerusi Parlimen terbabit dibuat hanya untuk memenuhi kehendak politik individu tertentu.

Shamsul Anuar berkata, UMNO ketika ini lebih baik memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti dan meningkatkan keyakinan pemimpin dan ahli di seluruh negara.

“Melibatkan diri dalam PRK Parlimen Port Dickson hanya menghilangkan tumpuan kepada perkara lebih penting.

“Kepada ahli parti, saya harap kita fokuskan kepada tugas utama ketika ini. Perpaduan dalam kalangan pemimpin dan ahli perlu terus diperkukuhkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini