KUALA LUMPUR 26 Sept. – UMNO dengan kerjasama parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) telah membentuk ‘Kabinet bayangan’ menggunakan sistem Jawatankuasa Portfolio (JKP) bagi setiap kementerian di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, setiap JKP itu terdiri daripada pengerusi bersama melibatkan dua Ahli Parlimen BN. Katanya, BN juga menjemput blok pembangkang Gagasan Sejahtera yang diketuai Pas serta blok pembangkang di Sarawak untuk menyertai Kabinet bayangan…










