AWANG tak pasti sama ada orang lain berkongsi firasat yang sama berkenaan perkara ini dengan Awang. Namun pada pengamatan Awang, agak tidak harmoni atau kurang manis apabila ada pihak terlalu menguar-uarkan pucuk kepemimpinan negara akan bertukar dalam waktu terdekat. Kain-kain pemidang dan sepanduk tertera “Selamat datang bakal Perdana Menteri kelapan” yang dipasang di tempat tertentu atau desakan agar disegerakan ‘peralihan’ dikhuatiri hanya mengganggu usaha kerajaan untuk melakukan pemulihan ekonomi. Lagi…










