MAIN kutu pun salahkah? Itu soalan yang paling banyak ditanya oleh orang ramai sebaik sahaja Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengeluarkan kenyataan di media sosial semalam bahawa bermain kutu adalah satu kesalahan dan pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Walaupun Awang tidak berminat bermain kutu tetapi Awang yakin ramai dalam kalangan rakyat negara ini sudah begitu biasa menyertai mana-mana kumpulan…










