AWANG menyokong apa juga tindakan yang lebih tegas bagi membendung sindiket ‘lesen terbang’ di negara ini. Isu ini bukanlah sesuatu yang baharu. Keadaan reda apabila tindakan diambil tetapi apabila dilupakan, sindiket timbul semula dengan pendekatan lebih bijak termasuk tawaran melalui media sosial. Angka 14,000 pemegang ‘lesen terbang’ yang berjaya dikesan mungkin kecil berbanding jumlah keseluruhan pemandu yang memiliki lesen sah. Kesannya amat besar jika pemegang `lesen terbang’ ini melibatkan ‘pemandu’…










