NORRISTOWN, Pennsylvania – Ikon televisyen, Bill Cosby digari dan dibawa ke dalam tahanan kelmarin untuk memulakan hukuman penjara minimum tiga tahun kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di rumah agamnya di Philadelphia 14 tahun lalu. Aktor berusia 81 tahun itu yang pernah disayangi oleh berjuta-juta peminat dan digelar ‘Bapa Amerika’, merupakan selebriti pertama yang disabitkan dan dihukum penjara kerana jenayah seks sejak kejatuhan Harvey Weinstein yang membawa kepada gerakan…










