Beri peluang Ahmad Zahid baiki UMNO - Ku Li - Utusan Malaysia

Beri peluang Ahmad Zahid baiki UMNO – Ku Li

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Semua ahli UMNO perlu memberi peluang sepenuhnya kepada Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas memulihkan semula parti berteraskan Melayu itu.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan, Ahmad Zahid telah membayangkan hasrat untuk membaiki parti tersebut menerusi ucapan dasar pertamanya sebagai Presiden, malam tadi.

Justeru, Tengku Razaleigh berkata, setiap ahli UMNO perlu berganding bahu membantu merealisasikan hasrat itu termasuk mempunyai keyakinan tinggi berjuang demi UMNO dan orang Melayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walau apa pun penilaian kita terhadap apa yang diucapkan Ahmad Zahid, kita kena terima hakikat bahawa UMNO sedang menghadapi masalah sama ada dalaman atau luaran.

“Beliau sudah membayangkan hasrat nak baiki. Jadi kita kena bagi dia peluang dan cuba bantu. Kalau beliau tidak berupaya, kita ada pilihan lain,” katanya ketika ditemui dalam Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kritikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengatakan ucapan dasar Ahmad Zahid masih tidak memberi hala tuju jelas parti itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini