Beri kuasa autonomi - Utusan Malaysia

Beri kuasa autonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 25 Sept. – Spekulasi tentang masa hadapan UMNO Sabah terjawab selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan parti itu akan kekal di negeri ini dan diberi kuasa autonomi untuk membuat keputusan tanpa terikat dengan arahan dari Pusat.

Ahmad Zahid berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam Ucapan Dasar Pre­siden sempena Perhimpunan Agung UMNO dan satu mesyuarat agung luar biasa dijangka diadakan untuk memastikan perkara itu direa­lisasikan.

“Kita telah bawah ke mesyuarat jawatankuasa yang dibentuk dan hari ini kita terima memorandum untuk UMNO Sabah di peringkat autonomi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan cakap dalam perhimpunan nanti untuk umumkan sesuatu yang baik kepada Sabah supaya permohonan itu dapat pengesahan Majlis Tertinggi serta kita perlu adakan mesyuarat agung luar biasa dan akan masukkan dalam pindaan Perlembagaan parti,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat tertutup bersama pimpinan UMNO ne­geri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut Ahmad Zahid, memorandum yang diserahkan UMNO Sabah kepadanya dalam mesyuarat itu turut melibatkan hasrat parti untuk menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

Sebelum ini, masa hadapan UMNO Sabah samar selepas pemimpin-pemimpinnya bersetuju menyertai GBS sebagai blok pembangkang baharu yang turut disertai komponen Barisan Nasional (BN) sebelum ini iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini