Beri hak milik tanah 99 tahun sama rata - Utusan Malaysia

Beri hak milik tanah 99 tahun sama rata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 25 Sept. – Kerajaan Pa­katan Harapan dicadang supaya memberikan hak milik tanah 99 tahun secara sama rata kepada peneroka tanah rancangan Felda, kampung tersusun dan kampung baharu dalam menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Bekas Pengarah Tanah dan Galian Perak, Datuk Abu Zar Omar berkata, terdapat dua cara pembayaran premium boleh dikenakan iaitu mengikut harga pasaran atau pengenaan token sebanyak RM1,000 tetapi kerajaan negeri menetapkan bahawa tanah tersebut tidak boleh dipindah milik mahupun dicagar.

“Kerajaan negeri memerlukan duit. Kalau kita terlalu fleksibel beri potongan 80 peratus dan terima premium 20 peratus daripada nilai pasaran, di mana hasil (negeri) kita?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Betullah kita hendak popular (dalam kalangan rakyat) tetapi kita hendak mentadbir, perlu membayar gaji Yang Berhormat termasuk Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abu Bakar Said, jadi, yang ini kita perlu fikirkan untuk generasi kita dan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang ahli panel dalam program Bicara Harapan Rakyat Siri 1 Hala Tuju dan Masa Depan Negeri Perak: Keadilan Sosial dan Demokrasi di sini hari ini yang dirasmikan Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini