KUALA LUMPUR 29 Sept.- Kerajaan Pakatan Harapan perlu berhenti menyalahkan kerajaan sebelum ini, sebaliknya perlu memikul tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap setiap tindakan mereka. Malah, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad menyarankan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan tidak mampu mentadbir negara, mereka perlu mengembalikannya semula kepada Barisan Nasional (BN). “Sebelum pilihan raya umum, bergegar janji mereka untuk melakukan macam-macam perkara, tetapi setelah mendapat kuasa dan jawatan pelbagai alasan yang diberikan.…










