KALAU ditanya, apa harapan saya sempena Hari Malaysia pada tahun ini? Saya akan jawab, saya tak mahu meminta dan mengharapkan yang lebih-lebih daripada setiap rakyat negara ini. Cuma, cukuplah mencuba untuk menjadi seorang rakyat yang baik dan ‘berhati perut’. Itu saja. Pada saya, kalau semuanya baik, banyak masalah rasanya boleh selesai. Dan kalau ada ‘hati perut’, mereka akan lebih senang untuk memahami dan merasai kesusahan dan kesakitan orang lain. Baik…










