PASANGAN beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying membuktikan mereka masih berbisa selepas berjaya menjinakkan wakil Indonesia, Praveen Jordan-Melati Oktavianti untuk menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Jepun semalam. Pada aksi suku akhir itu, pasangan yang dikritik kerana mempamerkan aksi hambar pada Sukan Asia Indonesia 2018 itu dipaksa bermandi peluh sebelum menewaskan Praveen-Melati dengan keputusan 21-19, 20-22, 21-17. Pada set pertama, pasangan Indonesia yang menduduki ranking ke-23 dunia itu…









