WASHINGTON – Beratus-ratus ekor kambing gunung liar telah dipindahkan dari Taman Negara Olimpik di sini ke sebuah habitat alpine berhampiran menggunakan helikopter dalam usaha melindungi alam semula jadi, mengurangkan isu keselamatan pengunjung dan meningkatkan populasi kambing liar di tempat lain di negeri ini. Tindakan itu diambil kerana kambing-kambing liar tersebut dipercayai telah mengancam ekosistem semula jadi termasuk makan dan memijak tumbuh-tumbuhan sensitif, merosakkan tanah apabila mereka berkerumun dan mengganggu pendaki…










