BERSUA Haqiem Rusli baru-baru ini, dia tampak lebih sihat. Wajahnya sedikit membulat berbanding dahulu dan kini matang melontarkan jawapan. Ramai beranggapan dia sudah selesa di gelanggangnya selain tidak ramai penyanyi muda yang ‘berpeluang’ mengendali kontroversi seperti yang dilalui. Mengakui selesa mengatur kembali langkah dalam laman seni, Haqiem sedar dirinya sering menjadi sasaran ejekan segelintir warganet. Apa sahaja yang dilakukan oleh penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini sering kali menjadi bahan gurauan…










