SHAH ALAM – Seorang bekas pengawal keselamatan kilang elektronik diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita yang masih dalam pantang pada 4 Mac 2015. Hakim Datuk Mohd. Azman Husin membuat keputusan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd. Azmirul Shamsuddin, 39, berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang. Mohd. Azman dalam penghakimannya memberitahu mangsa, Rabiatul Adawiah Abd. Aziz, 24,…










