SEREMBAN 28 Sept. – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengumumkan beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. SAIFUL BUKHARI Menurut Mohd. Saiful Bukhari, 33, beliau akan menghantar borang pencalonan di pusat penamaan di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pagi esok. “Setakat ini saya sahkan saya sudah bayar deposit untuk bertanding. Terpulang pada hari esok sama ada pencalonan saya diterima atau…










