IPOH 19 Sept. – Polis menahan dua lelaki termasuk bekas pemain bola sepak Perak berusia 32 tahun yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun bersenjata sejak Februari lalu. MOHD. ALI TAMBY Pemain itu bersama rakannya yang berusia 33 tahun diberkas dalam serbuan berasingan di Taman Klebang Jaya, Chemor antara pukul 11.45 malam hingga 1 pagi semalam. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas…










