KUALA LUMPUR 26 Sept. – Seorang bekas pegawai teknologi maklumat (IT) di sebuah syarikat pelaburan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan melakukan capaian tanpa kuasa ke atas data dan maklumat syarikatnya, lapan tahun lalu. Mengikut pertuduhan pertama hingga kelapan, Megat Mohammed Mahathir Vehicle, 42, didakwa telah melakukan capaian tanpa kuasa ke atas data dan maklumat syarikat melalui komputer…










