PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Ab. Hamid dibebaskan dengan jaminan dan pasport diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membebaskan Hasanah, 61 tahun, selepas selesai membantu pihak SPRM menjalankan siasatan berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Bagaimanapun, permohonan SPRM untuk mengenakan wang jaminan…










