Beijing akan ambil tindakan - Utusan Malaysia

Beijing akan ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Beijing berikrar akan bertindak ke atas Washington semalam dan memberi amaran tentang ‘ketidaktentuan’ dalam rundingan perdagangan selepas Presiden Donald Trump menyasarkan tarif bernilai AS$200 bilion (RM828 bilion) ke atas produk China berkuat kuasa minggu depan.

Trump meningkatkan tekanan ke atas Beijing dengan cukai import baharu itu yang akan menjadikan jumlah barangan China dikenakan tarif menyamai separuh daripada eksportnya ke Amerika Syarikat (AS).

Beliau juga mengugut akan mengenakan tarif ke atas semua barangan China.

“Selama berbulan-bulan, kami menggesa China supaya mengubah amalan tidak adil dan memberikan layanan saksama kepada syarikat-syarikat AS.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Amalan tidak adil ini menjadi ancaman terhadap kemakmuran ekonomi AS dalam tempoh jangka panjang,” kata Trump dalam satu kenyataan kelmarin.

“Bagaimanapun, sehingga kini China enggan mengubah amalannya termasuk mencuri teknologi dan menggunakan paksaan untuk pemindahannya,” tambah Trump.

Mengulas pengumuman Trump itu, Kementerian Perdagangan China berkata semalam bahawa Beijing tiada pilihan melainkan melaksanakan tindak balas bagi melindungi hak dan kepentingannya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut berhubung ancaman Beijing untuk mengenakan tarif tambahan bernilai AS$60 bilion (RM248 bilion) ke atas import AS sekiranya Washington melaksanakan tarif baharu tersebut.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang berkata pada sidang akhbar berkala bahawa Beijing akan mengumumkan butiran tidak balas itu ‘pada masa sesuai’.

“Sekiranya China mengambil tindakan balas terhadap petani dan industri kami yang lain, kami akan segera melaksanakan fasa tiga yang mana tarif berjumlah AS$267 bilion (RM1.1 trilion) akan dikenakan ke atas import China.

“Ia bermakna kami akan mencukai semua barangan dan eksport China ke AS,” kata Trump pula. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini