Bayern dimalukan Herta Berlin 0-2 - Utusan Malaysia

Bayern dimalukan Herta Berlin 0-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN – Ketua jurulatih Bayern Munich, Niko Kovac mengakui pengurusannya tidak ada sebab untuk menekan butang panik meskipun dimalukan oleh Hertha Berlin 0-2 pada saingan Bundesliga di Olympiastadion Berlin awal pagi semalam.

Bagaimanapun, pengendali berusia 46 tahun itu menjelaskan, beliau tetap berasa kecewa kerana barisan pemainnya terlalu memandang rendah terhadap kemampuan Berlin.

“Jerome Boateng (pemain pertahanan) telah melakukan kesilapan besar apabila melakukan kekasaran dalam kotak penalti, sekali gus memberi peluang kepada tuan rumah meledakkan gol pembukaan. Ia menyaksikan mereka semakin bersemangat mencari gol kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa sama, banyak peluang terhidang gagal dimanfaatkan oleh jentera serangan. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana rata-rata pemain yang dipilih dalam kesebelasan utama merupakan pemain terbaik dunia.

“Kami memang mengawal permainan ini tetapi dua kesilapan yang dilakukan pada babak pertama telah menghukum Bayern. Saya tidak ada masalah untuk tewas kerana kami masih berada di puncak liga. Semua orang tahu bahawa Bayern adalah pa-sukan yang sentiasa bangkit daripada kekalahan,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, penyerang Berlin, Vedad Ibisevic meledak gol pembukaan pada minit ke-23 menerusi sepakan penalti.

Pasukan tuan rumah menambah ja-ringan hasil percubaan pemain tengah, Ondrej Duda seminit sebelum aksi babak pertama tamat. Keputusan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Dalam pada itu, pengendali Berlin, Pal Dardai menjelaskan, kemenangan tersebut adalah kemenangan paling manis buat skuadnya walaupun sekadar turun sebagai pasukan underdog. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini