SRI AMAN 30 Sept. – Menteri Kerja Raya, Baru Bian berpuas hati dengan perkembangan projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (Pan Borneo) Sarawak. Beliau berkata, hasil pemerhatiannya setakat ini, semua pakej yang sedang dalam pembinaan berjalan dengan baik. “Saya difahamkan ada sedikit kelewatan di satu dua tempat tetapi masalah itu tidak serius. “Setakat ini, perkembangannya sangat memuaskan dan diharap dapat dikekalkan supaya boleh disiapkan mengikut jadual,” katanya ketika ditemui pemberita…










