SEBUT sahaja reog ataupun barong, pasti tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan seni warisan berunsur tarian teater itu. Memandangkan masih ada masyarakat Melayu Jawa yang menetap di beberapa daerah di negeri ini, seni warisan yang dibawa oleh masyarakat etnik Jawa dari daerah Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia itu masih dipersembah antaranya di daerah Batu Pahat, Muar dan Pontian. Namun unsur ritual yang seolah-olah menjurus kepada syirik dalam persembahannya menjadikan seni tarian…










