Bapa saudara dicekup sumbang mahram dengan anak saudara - Utusan Malaysia

Bapa saudara dicekup sumbang mahram dengan anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang tukang cuci ditahan polis kerana dipercayai  melakukan  perbuatan sumbang mahram  terhadap anak saudaranya yang di bawah umur di sebuah hotel di Taman  Tunku Aminah di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, pihaknya menahan lelaki  berusia 48 tahun bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu kira-kira 9.15 malam setelah mendapat maklumat mengenai perilaku mencurigakan mengenai lelaki berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, pihak polis bertindak mengetuk bilik yang diduduki keduanya dan menunggu lebih kurang lima minit sebelum dibuka oleh suspek.

“Setelah dibuka, didapati seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak berada dalam bilik berkenaan dalam keadaan separuh bogel manakala lelaki itu hanya memakai tuala tanpa baju,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu merupakan anak saudara kepada suspek. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN