Bantuan dianggap rasuah - Utusan Malaysia

Bantuan dianggap rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA terpanggil melontar pandangan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menjadi sebutan ramai sekarang. Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap BR1M sebagai rasuah,

Menteri Ekonomi pun menganggapnya sebagai rasuah yang perlu diberhentikan kerana mengajar rakyat malas bekerja dan memanjakan diri. BR1M datang daripada kerajaan terdahulu untuk rakyat bagi mengurangkan beban sara hidup yang menghimpit.

Bukan setakat BR1M, ada lagi beberapa bantuan untuk rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia.

Banyak bantuan lain sebagai insentif kerajaan dahulu kepada warga Felda, Felcra, pesawah, nelayan, pemandu teksi, penjawat awam, bantuan persekolahan dan lain-lain lagi.

Bantuan tersebut tidak boleh diandaikan sebagai rasuah kerana menjadi tanggungjawab kerajaan sebagai pemerintah. Isu memancing sokongan rakyat tidak timbul kerana yang menerima bantuan tidak mengira fahaman politik. Jika berjaya pancing sokongan, bagaimana Barisan Nasional kalah pilihan raya?

HASHIM RAMLI

Sabak Bernam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN