BATU PAHAT 8 Sept. – Sebanyak 104 mangsa daripada 41 buah keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Suloh di sini selepas Kampung Sungai Suloh dan Kampung Sungai Ayam dilanda banjir kilat malam tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mat Zin Bujang berkata, kedua-dua pusat pemindahan sementara itu dibuka pukul 9 malam. “Setakat ini, cuaca masih mendung dan hujan renyai di mana paras air…










