Balu, anak Allahyarham Jamaludin Jarjis mohon batal permohonan sijil faraid - Utusan Malaysia

Balu, anak Allahyarham Jamaludin Jarjis mohon batal permohonan sijil faraid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Balu dan empat anak bekas menteri, Tan Sri Jamaludin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas pada 2015 akan mengemukakan bantahan terhadap permohonan ibu Jamaludin untuk mendapatkan sijil faraid bagi pembahagian harta allahyarham yang bernilai lebih RM2 bilion.

Peguam Syarie Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata, bantahan awal itu yang akan dikemukakan balu Jamaludin, Puan Sri Dr Kalsom Ismail, 62, dan empat anak allahyarham iaitu Ikwan Hafiz, 31, Nur Anis, 33, Nurul Alyaa, 27, dan Noor Adilla, 23, adalah bagi membatalkan permohonan yang dibuat ibu allahyarham, Aminah Abdullah, 84, pada 2 Mac lepas.

“Balu dan empat anak allahyarham akan kemuka bantahan awal untuk membatalkan permohonan (mendapatkan sijil faraid) dan pengurusan kes seterusnya adalah pada 15 Oktober ini,” katanya selepas prosiding pengurusan kes di dalam kamar Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Siti Zulaiha Mohamad Mansor di sini, hari ini.

Kamar Ainiah yang mewakili Aminah berkata, hari ini mahkamah turut membenarkan permohonan balu dan anak-anak allahyarham untuk menjadi pencelah dalam permohonan mendapatkan sijil faraid itu.

Hadir sama pada prosiding hari ini adalah peguam syarie, Datuk Shamsuriah Sulaiman yang mewakili Kalsom, serta peguam syarie, Zuri Zabuddin Budiman yang mewakili Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa dan Noor Adilla. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN